Sahabat

Halaman

22 September 2017

Hiking @ Gunung Angsi

By Dalia Hassan at Jumaat, September 22, 2017

Assalamualaikum wbt...

Dah sebulan kami plan nak lengkapkan pendakian kami ke Gunung Angsi ni semenjak Ekspedisi Menuju Puncak pada Ogos aritu. Rasa macam bersalah pulak sebab tak sampai ke puncak. Tu yang bila ada public holiday, kami cuba luangkan masa untuk teruskan aktiviti ini.

Macam biasa bila Geng Outdoor Subang Jaya jalankan aktiviti, muka-muka yang sama juga yang akan beraksi. Aku, Ila, Yatz, Kenz dan my partner in crime, Suhaimi a.k.a my encik asben.

Kami kalau hiking, memang akan jadi lambat sampai puncak bukan saja sebab pace kami (lebih tepat lagi aku) yang slow tapi sebab kami banyak berhenti bergambar. Memang lambat la nak sampai puncak. hehe

Malas nak taip banyak2. Nak tunjuk gambar je masa kami kat sana. Macam biasalah, sila jangan muntah hijau sebab banyak gambar syok sendiri. haha!























Masa turun dari Gunung Angsi ni, kami singgah di RNR Ulu Bendul untuk mandi dan solat. Boleh pulak asben aku tertinggal kunci kereta kat dalam. Aduhai. stress betul aku. Kereta tu auto lock, so bila dia nak letak beg dia kat bonet kereta, tetiba kereta terkunci. Memang tak boleh nak fikir apa masa tu. Nasib baiklah ada abam2 sado JPAM dengan brother yang meniaga kat Ulu Bendul tu tolong umpil kereta tu. Alhamdulillah. Berjaya gak buka pintu kereta tu.

Terus kami ke Port Dickson untuk misi memenuhkan perut yang tengah lapar.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review