Sahabat

Halaman

19 Ogos 2017

Ekspedisi Menuju Puncak @ Gunung Angsi

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 19, 2017

Assalamualaikum wbt...

Entah macamana aku boleh terlibat dengan Ekspedisi Menuju Puncak ni.. padahal aku ada kelas masa hari kejadian ni... adoila..

Ekspedisi Menuju Puncak (EMP) yang dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) adalah satu usaha untuk memecahkan rekod The Longest Chain of People Clasping Wrist yang dicipta di Pakistan pada 29 September tahun lalu membabitkan 2,950 peserta. EMP melibatkan 8222 orang peserta sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Record (MBOR) dan ekspedisi bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60.

Aku dengan geng2 yang terlibat (Yatz, Ila, Tini dan Kenz) masing-masing berada dalam kumpulan yang berbeza, so tak dapatlah nak geng dengan diorang macam biasa. Cuma Yatz dan Tini jer yang dapat satu grup, mungkin sebab diorang daftar sama-sama.. tapi takperlah... dah biasa dengan diorang kalau pergi hiking mana2, kali ni grup lain pun tak perla... merasa hiking dengan kawan2 baru pulak. hahaha


Sempat posing dengan geng GOSJ sebelum mulakan pendakian... Ieyla dengan Kenz dah gerak naik dulu sebab dia antara group terawal...




sesak dan senak. hahaha

sepanjang pendakian memang akan nampak kata2 semangat macam ni...

berehat sebentar bersama ahli kumpulan yang lain sebelum meneruskan pendakian.

oh! sebenarnya bukan nak baca sangat ayat tu... sebenarnya nak fokus kat abam bomba kat belakang tu... haha!


tepat jam 3 petang... mula bergandingan tangan...



masa untuk pulang ke pangkal jalan... sesak hoi! jem lama atas gunung ni...


Alhamdulillah... sampai juga kat starting point...



Alhamdulillah... walaupun agak penat dan terdapat sedikit masalah teknikal, berjaya juga kami sempurnakan misi memecahkan rekod dunia sekaligus memecahkan rekod Malaysia..

Tahniah semua!



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review