Sahabat

Halaman

24 April 2017

Hiking @ Bukit Kutu 2.0, Kuala Kubu Baru

By Dalia Hassan at Isnin, April 24, 2017


Assalamualaikum wbt...

Sebenarnya ni adalah kehadiran kali kedua aku dikaki Bukit Kutu. Kali pertama hajat aku tak kesampaian untuk panjat Bukit Kutu ni kerana masa berkumpul di Masjid KKB, aku kena gastrik. Masa tu aku ingatkan sekejap je dah boleh hilang sakit tu, rupa2nya sampai ke malam pun sakit tu tak hilang.

Aku cuba juga untuk mendaki, tapi akhirnya aku surrender di ketinggian 220 meter. Aku memang tak boleh tahan sakit tu. Dan buat pertama kali aku menangis kat trek, tak peduli apa pun orang lain nak cakap bila tengok aku tersedu2 nangis sebab tak tahan sakit perut. haha poyo sungguh!

Dan oleh kerana tak puas hati misi Bukit Kutu kali pertama tak berjaya, aku usahakan juga untuk dapatkan permit mendaki pada Isnin berikutnya. Kebetulan Yatz, Iela, Kak Bib dan Kenz pun nak join sekali, so aku uruskan terus untuk permit 6 orang mendaki. Ada kawan2 aku kata tak payah apply permit, boleh redah jer.. tapi aku tak berapa berani, mana tau berlaku apa2 nanti tak ke susah..

Alhamdulillah permit diluluskan walaupun minggu tu juga ada desas desus kalau nak apply permit Bukit Kutu kena apply seminggu awal. Peraturan baru. (Aku apply 5 hari sebelum... nasib baiklah diluluskan juga...)

Trip hiking kali ni memang sepenuhnya disertai oleh ahli Geng Outdoor Subang Jaya ( GOSJ ) - errrrr... enam orang jer pun.. hahaha.. tapi Alhamdulillah lah semuanya berjalan dengan lancar. Tapi paling padu Kak Bib la... walaupun umur Kak Bib dah masuk 57 tahun, tapi stamina dia kalah orang muda.. Bak kata kak Bib, sejak dari dalam perut dia dah diajar untuk panjat gunung... sebab rumah dia kat kampung di Sarawak tu memang belakang rumah adalah gunung dan dia selalu ikut mak dia masuk gunung. Errrmmmm... patutlah padu berdesupppppp tinggalkan kami yang jauh lebih muda dari dia ni... hahah!



Posing kat Batu tedung

Abaikan perut tu.. terbengkak sikit..




gaYATZ....

sampai takat sini jer yang mampu... tak mampu hakak nak panjat dua batu lagi tu.. gaYATZ


lepak kat tapak banglo lama... masak2 sebelum hujan lebat...







Start dari puncak Bukit Kutu nak ke tapak banglo lama hujan dah mula rintik rintik turun... sampai kat banglo lama kami sempat lagi masak megi dan buat air. elok jer abis makan, hujan turun selebat2nya sampailah ke perjalanan turun kami. Trek pun penuh dengan lumpur.. tapi aku suka betul dengan trek berlumpur ni. Berbeza dengan trek yang berselut macam kat Irau tu. Sedar tak sedar kadang kadang aku berjalan sorang2 kat depan, tak perasan yang aku dah tinggalkan diorang. Sampai satu ketika aku tanya Ila, 

"Ila... sekarang dah pukul berapa" 

Senyap
Toleh toleh belakang tengok takder siapa kat belakang aku. Asben aku pun tertinggal kat belakang aku tak sedar. hahaha.. nak buat camana... trek camni la yang aku suka.. berlumpur... Bila dah perasan aku sorang2 kat depan, aku berhenti tunggu diorang. Lepastu... teruk aku kena bebel dengan asben aku... hahaha pasrah!

Sampai bawah masa nak melintas sungai yang ada titi patah tu, kami ditarik oleh orang2 sana... Aku rasa tu adalah orang asli kat sana... Masa tu air deras sangat... Dia kata kalau lambat air makin deras dan akan ada kepala air kat situ.

Alhamdulillah kami berjaya turun dengan selamat.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review