Sahabat

Halaman

29 Januari 2016

Program Gaya Hidup Sihat : Hiking @ Bukit Cermin, Putra Height Selangor

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 29, 2016

Assalamualaikum wbt...



Petang tadi aku and the gang ikut aktiviti mendaki Bukit Cermin di Putra Height. Kalau ikutkan, ini adalah kali pertama IPD Subang Jaya buat program mendaki bukit kerana sebelum sebelum ni aktiviti untuk program gaya hidup sihat adalah senamrobik dan larian 2.4 km...



So untuk aktiviti hari ni, aku rasa lebih excited sebab belum pernah dibuat lagi sebelum ni... kebetulan, dua hari lepas aku ada sembang dengan Sue Senget pasal aku teringin nak mendaki bukit... dan Alhamdulillah... doa aku dimakbulkan walaupun bukit ni tak setinggi bukit yang aku bayangkan... ngeeeeeeee! (berlagaknyaaaa ko Dalia... tak sedar itupun hampir pancit ko dibuatnya.. takder stamina) haha!



awal2... masing2 bersemangat!
seronok bila dapat berjalan bawah pepohonan hijau.... boleh senyum senyum lagi.. haha!
ok.. cabaran bermula... panas weh panasssss!!! (sambil2 berangan kut2 nanti dapat beli banglo kat atas tu satu)
bertabahlah semua...
abang abang dan kakak kakak polis yang bersemangat waja mendaki Bukit Cermin, Putra Height.
chayyo chayyokkk!
haipppp! kak zah nak mintak bantuan lori ker??? hehe!

tengok budak berdua tu... short cut plak dia.. jom kita zoom.. tengok siapakah gerangannya....
ehhh!!! salah zoom la pulakkkk! hahaha!
ok. ni baru betul.. mak aihhhh... senang ati ko yer Fikruddin. mujurlah aku tak seberani ko nak panjat tebing tu.. kalau tak.. nak gak aku join ko.. cepat sikit sampai atas... haha!
skodeng dari atas! go go Seha! go go Kina!!
pemandangan dari atas...
Pakcik pakcik ni, sampai atas terus cari tempat duduk... (eh! aku pun sama la.. haha!)

dah sampai atas... posing la apalagi..





meeting ke tuan?









 masa untuk turun dan kembali ke alam nyata...

ok. Kak Zah ngan kak wani (juga Yatz) kantoi naik land rover mayat. ngeeeeeeeeeeeeeee!
Ada yang tanya aku hari tu, macamana kitorang boleh sampai balai awal padahal masa turun tu kitorang yang belakang sekali... diorang terkejut masa sampai bawah tengok kitorang dah rilek2 sambil makan padahal diorang ingat kami masih jauh ketinggalan kat belakang. Ok. Inilah rahsianya... rahsia tau! Kami turun ikut saliran air yang curam ni. Hahaha! Lenguh peha dan betis aku!


kat belakang tu, artis sendu!
eh!
sorry boss!!!

Serius je muka ima...
Ok. Sikit lagi nak sampai... bertabahlah!

Lepas mendaki, kita makan nasi lemak ya... nasi lemak putra height ni memang terkenal dengan kelazatannya... rugi kalau tak makan, dah orang sediakan... (errrr... tapi aku makan sambal dia jer.. mana nak lalu makan badan tengah penat)





Nasib baikla aku balik Kota Tinggi naik bas 11.30 pm dari Terminal Bersepadu Selatan. Kalau aku drive sendiri tak tau la camana, entah berapa kali berhenti untuk rehat agaknya... Kereta aku park je kat TBS tu..  Ingat nak park kat IPD jer, dari IPD kawan aku nak hantar.. tapi bila fikir2 balik, masa nak balik nanti takkan nak susahkan dia juga amik aku kat TBS. Kalau naik teksi pun entah berapa RM dia caj. So.. nekad jer la.

Update 1/1/2016: ok ok.. aku mengaku... sejak balik dari Langkawi aritu berat aku naik berkilo2. Mana taknya, asyik makan jer... tu yang nampak gemuk giler dalam gambar.. kalau tengok luar gambar lagilah gemuk. Ok! Esok aku start diet semula! Sekian!

2 comments:

Zafirah Kama berkata...

bestnya.. lama tak hiking.. asyik membaca pasal hiking ja.. huk2

Dalia Hassan berkata...

Hehehe.. jom jom kita plan hiking kat mana2.. tapi takmo yang tinggi tinggi sangat. Semput!
Haha!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review