Sahabat

Halaman

29 Mac 2016

Trekking @ Santuari Ikan Sungai Chiling

By Dalia Hassan at Selasa, Mac 29, 2016


Assalamualaikum wbt...

Pada Sabtu lepas (26/3/2016), aku dan juga Geng Outdoor IPD Subang Jaya telah berkesempatan untuk meredah 6 lintasan sungai di Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling. Peh! memang puas hati walaupun sedikit penat, tapi kenangan dan pengalaman berada disana memang tak akan kami lupakan. Berbaloi - baloi.

Macam biasa la, my encik asben pun sibuk nak join aktiviti kami memandangkan Sabtu memang dia cuti. Aku memang suka jer dia ikut sebab ada orang boleh tolong bawakan beg dan juga jadi cameraman. hahaha kejam! eh! bukan kejam... tapi sayang.. hehe!

Meh la layan gambar2 ni.. macam biasa, sorry lah sebab banyak gambar syok sendiri (selfie)... nak wat camana, dah hobi... ngeeeeeeeeeeeeeee! (mohon bertabah!)


















korang ni datang sini nak tido ke apa?? kalau nak tido balik rumah lah!!!!
(berkata pada diri sendiri..)




Geng Outdoor Subang Jaya... 








Bermanja dengan si ikan kelah... (ikan kelah banyak yang dah lari sebab tak tahan dengan bau kaki kami)











































Perjalanan ke Air Terjun Sungai Chiling mengambil masa lebih kurang sejam berjalan kaki, merentas 6 lintasan sungai (paling dalam separas pinggan- sebab aku pendek), panjat bukit, turun bukit, langkah pokok balak yang tumbang, lalu celah pokok, bawah akar pokok, bagi ikan makan, selfie dan juga sesi bergambar barulah sampai ke air terjun yang cantik dan mempersona. (Yatz aku pinjam ayat ko nih!)












karipap ni aku buat sendiri tau... 
nampak tak batu tu? batu tu la yang aku teringinnnn sangat nak panjat...




5 kali cubaan nak naik atas batu.. setiap kali nak naik, kena tolak dengan arus dari air terjun tu..  haha!
gigih... tetap nak panjat batu yang licin tu....
Yes!! Aku ngan sehaa yang berjaya naik atas batu ni...

Bila dah sampai atas batu ni, rasa happy sangat.. apa taknya... lima kali cubaan baru berjaya, sebab batu tu licin ya ampun... aku dengan seha mmg gigih... tapi bila dah berjaya naik, kena fikir pulak macamana nak turun.. tu yang akhirnya terjun je dalam kolam tu... sebelum tu sempat berharap agar ada penyelamat datang... naik heli ke.. apa ke.. haha
bila dah kat atas batu ni, yang tak kenal pun boleh jadi kawan. macam adik ni, peramah betul dia.. sampai dah sampai kat bawah (nak balik) pun bila selisih kami bertegur sapa. Dan dia dari USJ 11.. jiran tetangga jer rupanya... 
Puas hati sebab pertama kali aku terjun dari atas batu ke kolam air terjun yang agak dalam (sebenarnya... terpaksa terjun sebab tak berani nak ikut batu2 yang licin tu)... tapi tak puas sebab masa terhad... kalau boleh memang nak datang sini lagi nanti... haha!
huh! my encik asben dapat ambik gambar aku separuh ni jer. kejam! haha
perbincangan serius antara aku dan Seha... cara2 macamana nak turun dari batu besar ni..

Pilihan 1 : Terjun dalam air yang dalam
Pilihan 2 : Turun ikut batu yang licin
Pilihan 3 : Tunggu pasukan penyelamat datang selamatkan kami...
keputusan telah dibuat

Seha : turun ikut batu yang licin
Dalia : terjun dalam air yang dalam
I jump you jump...
Hoi. Ni lah kolam yang aku terjun tu... hahahah! Gayat wehhhh... seha dah selamat turun ikut batu batan yg licin tu... aku tak berani... takut tergelincir... akhirnya... ni la pilihan aku... haha!
Masa untuk beramah mesra dan berkenalan dengan si ikan kelah...


senget pun sengetlah! nak buat macamana... orang dalam gambar ni pun senget... kekeke!



ops!!! maaf! Anda salah... ini bukan spesies dugong. harap maklum.
Mencari Si Ikan Kelah
Masa untuk kembali ke pangkal jalan...



Korang kalau nak hiking ke, trekking ke, apa ke.. korang tak payah pakai kasut mahal korang yang beratus2 tu... sayang... korang pakai je kasut 'adidas kampung' ni.. rm8.90 jer.. mencengkam kuat ke tanah. berbaloi2... (taukeh kasut getah sila ambil saya jadi duta produk.. plezzzzzz!!!)

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


 "Duhai angin, sampaikan salam rinduku pada alam yang tak pernah menghilang kasihnya~"
"Sesungguhnya aku rindu~~"





Teringat pulak si Ika menyanyi sambil bagi ikan kelah makan... dia nyanyi "wahai bondaku... bondaku si ikan kelah....."

Bila aku cerita kat kopral Din, kopral din kata...
"Memang sesuai ika... bonda ko ikan kelah... anak dia ikan kerapu!"
Hahahahah!



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review